Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Umno lahir dalam tahun berapa? 1946 kan?

Umno disalahkan dan ditutup pada tahun 1988 supaya Mahathir Mohamad dapat reka versi baru parti agar ahli yang tidak menyokongnya tidak dibenarkan masuk.

Umno yang disalah dan ditutup itu sebenarnya masih hidup dan boleh dihidupkan semula pada bila-bila masa sahaja. 

Umno yang direka oleh Mahathir sebenarnya menyamar sebagai Umno.

Hari jadi ke-76 Umno pada 11 Mei 2022 ialah hari jadi Umno yang lahir pada tahun 1946–yang boleh dihidupkan kembali pada bila-bila masa untuk membawa idealisme asal dan sejati.

Umur Umno yang menyamar hanya berumur 34 tahun dan bukan 76–masih mentah dan ghairah dalam khayalan.

Faham?

Rohnya tidak sama. 

Yang muda dan menyamar sudah melencong dari landasan asal.

Ayoh kita bangkitkanlah Umno yang lahir pada tahun 1946 dari "tidurnya" agar roh murni itu akan bangkit memerintah lebih baik dari penyamar yang sudah terkeluar dari landasan dan terbabas liar.


NIK A AZMI ialah ahli Umno Asal 

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS