Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
SURAT | Hargai jasa Ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada isu pertikaian penjagaan tiga orang anak mualaf yang masih berlanjutan.

Selari dengan kenyataan Abim sebelum ini, Abim memohon dengan tegas agar seluruh pihak berlapang dada dengan bersama-sama mencari jalan penyelesaian dan tidak membawa naratif yang boleh menajamkan pertembungan.

Justeru, tohmahan yang mengaitkan isu penculikan anak-anak ini tidak harus berlaku sebaliknya penghargaan harus diberikan kepada pihak yang diberikan amanah menjaga tiga orang anak ini iaitu Ustazah Nazirah Nantha Kumari Abdullah.

Sesungguhnya Abim dan seluruh warga Muslim menghargai tindakan Ustazah Nazirah yang berusaha sejak awal untuk menghubungi ibu kepada anak-anak ini. Ia adalah satu gambaran bahawa Islam tidak memutuskan hubungan antara ibu dan anak-anak.

Abim berharap dalam usaha mencari penyelesaian, kebajikan anak-anak ini akan sentiasa dipelihara. Sesungguhnya, tiada pihak yang paling terkesan selain daripada anak-anak ini.


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ ialah presiden Abim.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS