Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
SURAT | Muda dan Khemah Besar mampu tewaskan BN?

Keputusan PH memberi laluan buat parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Syed Abd Rahman bertanding di sembilan kerusi DUN dalam PRN Johor adalah tindakan berani dalam merealisasikan khemah besar seperti yang digagaskan. 

Ia bakal menguji kemampuan Muda sebagai parti 'anak muda' yang bertepatan dengan Undi18 yang diperkenalkan pertama kali di PRN Johor.

Kerusi DUN Puteri Wangsa yang terletak di parlimen Tebrau adalah contoh kerusi Gred AA yang sepatutnya kerusi Amanah hasil persefakatan pembahagian kerusi dalam PH. 

Menyerahkan kerusi yang amat berpotensi menang adalah langkah berani buat Amanah kerana ia kerusi idaman sejak PRU14 yang pada akhirnya ditandingi Bersatu melalui calonnya, Mazlan Bujang, menang dengan majoriti besar 24,959 undi. 

Saya katakan ia langkah berani kerana keputusan ini menimbulkan rasa ‘tidak puas hati dan amarah' ahli parti. 

Dikatakan, Amanah mempertaruhkan Speaker DUN Johor yang juga naib pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat sebagai calon.

Tentu sahaja bukan mudah bagi PH melepaskan kerusi menang pada PRU 14 seperti Tenang, Bukit Kepong, Bukit Permai selain Puteri Wangsa. 

Ia suatu pengorbanan besar dan sejauh mana Muda mampu membuktikan kehadirannya dalam khemah besar PH berupaya memberi tentangan sengit buat BN, berbanding laluan mudah di PRN Melaka dan Sarawak.

Sama sama kita ikuti episod berikutnya.


MAZLAN ALIMAN ialah mantan anggota jawatankuasa Amanah dan sekarang menjadi “pemerhati politik Malaysia Baru”.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS