Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) sebagai sebuah organisasi kebangsaan belia yang mewakili masyarakat penganut agama Buddha menyambut baik usaha Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam membasmi rasuah secara konsisten dengan tindakan.
YBAM berdiri bersama Belia Benci Rasuah dalam gerak kerja dan kempen memerangi rasuah di negara kita.
Dari perspektif agama Buddha, rasuah dianggap sebagai keadaan minda tidak sihat yang boleh mengakibatkan penderitaan manusia dan memudaratkan kesejahteraan masyarakat.
Adalah mustahak untuk menghindari tingkah laku ini dengan kasih sayang dan kesedaran supaya membimbing individu yang terbabit untuk mengubah tingkah laku mereka.
Usaha ini mungkin tidak begitu disenangi oleh pegawai yang korup.
Namun begitu, seseorang yang mempraktikkan amalan yang benar dan mulia akan menikmati manfaat yang ketara, termasuk kebahagiaan dalaman, harga diri dan kasih sayang daripada orang-orang di sekitarnya.
Sekiranya individu tersebut tidak dapat atau tidak mahu mengubah tingkah lakunya, tindakan sewajarnya harus dikenakan untuk mencegah tingkah laku tersebut daripada memusnahkan integriti dan moral masyarakat masa kini dan seterusnya mengurangkan peluang generasi masa depan untuk menikmati kebahagiaan dan kesejahteraan.
Perjuangan murni ini hanya permulaan dan golongan belia sebagai generasi hadapan dalam menerajui perjuangan, kemajuan dan perkembangaan agama, bangsa dan negara perlu dilengkapi dengan daya tahan diri yang tinggi dan mempunyai sifat nilai-nilai murni bagi bersama-sama mendukung ke arah mewujudkan negara yang bebas rasuah.
HOI JUNG WAI ialah setiausaha agung Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM)
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.