Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Insiden menukar kem dalam kalangan ahli parlimen mahupun Adun selepas memenangi kerusi adalah tidak salah secara teknikal (technically wrong) akan tetapi salah dari segi moral (morally wrong).

Perkara ini memberi gambaran suri tauladan yang sangat buruk kepada golongan belia di Sabah.

Meskipun ia masih dalam ruang lingkup amalan demokrasi yang dibenarkan, seharusnya integriti bukanlah perkara yang boleh diperdagangkan semudah itu.

Terutamanya apabila ia melibatkan mandat rakyat yang memilih seseorang berdasarkan watikah lantikan parti yang diwakilinya.

MBS menyeru untuk mana-mana calon yang bakal bertanding di PRN Sabah bersedia untuk menjadi wakil rakyat di pihak kerajaan yang produktif atau wakil rakyat di pihak pembangkang yang mampu membangkang dengan efektif.

Sebagai menjaga hak rakyat terbanyak, MBS menggesa setiap parti yang bakal bertanding untuk mewajibkan setiap calon menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk terus setia kepada kem masing-masing.

Dalam amalan demokrasi, apa yang lebih penting adalah aktiviti semak dan imbang (check and balance), bukannya keghairahan untuk mendapatkan jawatan dan memenangi kepentingan tertentu.


AHMAD FARID SAINURI adalah presiden Majlis Belia Sabah.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS