Paling Popular
Terkini

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dr Shamsul Anuar Nasarah perlu bertanggungjawab sepenuhnya diatasi keresahan rakyat berkaitan kenaikan mendadak bil elektrik.

Kegagalan beliau dalam menangani perkara ini secara cermat menjadikan rakyat kini terbeban dengan dugaan baru sedangkan rakyat masih terkesan dengan wabak Covid-19.

Kerajaan seolah-olah dilihat sambil lewa dalam menangani masalah ini sehingga menyebabkan pengguna menerima kesan secara langsung.


Timbalan menteri minta TNB semak kekeliruan pengiraan bil elektrik


Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga perlu memberikan penjelasan kepada umum berkaitan kaedah pengiraan prorata kerana rata-rata rungutan adalah bil yang diterima pada kadar yang tidak munasabah.

Saya ingin mencadangkan kepada menteri berkenaan untuk mula bertindak dengan memanggil semua pihak yang berkaitan duduk semeja demi mencari solusi terbaik yang tidak membebankan rakyat.

Semakin lambat beliau bertindak, semakin terbebanlah rakyat. Kalau beliau tidak mampu lebih baik berundur sahaja.


SYED BADLI SHAH SYED OSMAN ialah naib ketua Pemuda PKR (AMK).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS