Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mohamed Azmin Ali tidak perlu berlagak suci dengan membidas orang lain sebagai tamakkan kuasa sedangkan maruah beliau sendiri tercalar teruk akibat perbuatan khianat terhadap Pakatan Harapan.

Sebaliknya seluruh dunia mengetahui ketamakan dan kerakusan Azmin yang menjadi punca kejatuhan kerajaan PH sebelum ini.

Azmin perlu sedar diri bahawa kuasa yang beliau miliki sebagai wakil rakyat adalah hasil undi rakyat melalui logo PKR.

Saya yakin Azmin tidak akan mampu bergelar wakil rakyat tanpa dukungan PKR dan rakyat memilih beliau berdasarkan logo parti.

Pengkhianatan terhadap parti yang telah berjasa kepadanya adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan Azmin akan tetap dikenang sebagai pengkhianat sepanjang zaman.

Saya ingin mencabar Azmin untuk melepaskan kerusi parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa dengan mengembalikan mandat ini kepada rakyat.

Azmin perlu membuktikan bahawa tindakan beliau yang berkhianat terhadap PKR boleh diterima oleh rakyat dengan kembali bertarung di gelanggang pilihan raya.

Azmin perlu belajar untuk mendapatkan mandat rakyat dengan cara yang bermaruah dan bukannya dengan jalan pintu belakang.

Saya optimis rakyat Gombak dan Bukit Antarabangsa bijak menilai dan mereka akan menolak pengkhianat yang mengkhianati amanah dan perjuangan rakyat.


SYED BADLI SHAH SYED OSMAN ialah naib ketua Pemuda PKR (AMK).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS