Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Caj hotel untuk kuarantin Covid-19 perlu difikirkan semula

Kami memberi perhatian kepada pengumuman Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob bahawa caj hotel untuk warganegara yang balik dari luar ditanggung separuh oleh individu yang berkenaan.

Kami berpendapat kos kuarantin di hotel adalah tinggi dan ia akan membebankan warganegara seperti pekerja dan pelajar Malaysia yang pulang dari luar negara .

Pengumuman itu tidak menyebut apakah pelajar Malaysia dikenakan syarat yang sama apabila mereka pulang ke Malaysia dan dikuarantin.

Kami berpendapat bahawa langkah mengkuarantin mereka di hotel harus difikirkan semula. Kos yang tinggi boleh dikurangkan jika kerajaan menggunakan banyak pusat latihan yang ada di sekitar Kuala Lumpur atau yang berdekatan.

Kerajaan perlu menjelaskan bagaimana wang derma puluhan juta yang diserah kepada MKN dibelanjakan. Tanggungan kos kuarantin sewajarnya menggunakan peruntukan wang derma yang diterima oleh kerajaan.

Adalah sangat membebankan apabila warga Malaysia yang keluar negara atas urusan bekerja, perniagaan , tugasan kerajaan atau atas urusan pengajian terpaksa dibebannkan dengan kos kuarantin pula semasa pulang.

Untuk menjimatkan perbelanjaan sepatutnya kerajaan memilih premis, bukannya di hotel.


Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Mapim.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS