Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menawarkan diri untuk menganjur satu sidang parlimen maya selama tiga hari untuk ahli-ahli parlimen membahas dan menerima usul menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

Bersih 2.0 menjemput parti pemerintah dan parti pembangkang untuk berbincang butiran sidang parlimen maya sekiranya mereka benar-benar ingin bahaskan titah Seri Paduka Baginda yang sebenarnya pesanan daripada kerajaan.

Pada tahun 2019, titah seri Titah Seri Paduka Baginda tahun lepas dibahas selama 12 hari dan disertai oleh lebih daripada 100 ahli Dewan Rakyat.

Bersih 2.0 mencadangkan agar sidang parlimen maya ini berlangsung selama tiga hari bermula 19 Mei (Selasa) sampai 21 Mei (Khamis) dan dipengerusikan oleh timbalan yang di-Pertua YB Nga Kor Meng atau mana-mana ahli Parlimen lain yang arif dengan peraturan-peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Sidang parlimen maya ini akan disertai oleh ahli-ahli parlimen sahaja dan disiar secara langsung melalui Facebook.

Bersih 2.0 percaya, melalui sidang parlimen maya yang sungguhpun tidak berstatus rasmi, muslihat Muhyiddin Yassin untuk menghalang ahli-ahli parlimen daripada membahas titah dan menjunjung kasih Seri Paduka Baginda atas dalil berlaku wabak Covid-19 akan terbongkar di depan rakyat Malaysia yang mengikutinya di Facebook.

Tahun 2020 bukan lagi tahun 1349, kali terakhir Parlimen England terpaksa tutup kerana wabak. Hari ini, Parlimen UK mengambil pendekatan mesyuarat campuran (hybrid proceedings). Seramai 50 ahli dibenarkan mengambil bahagian dalam dewan dengan penjarakan sosial dan seramai 120 ahli yang lain dibenarkan mengambil bahagian secara maya.

Parlimen maya yang pelbagai rupa turut berlaku di EU dan Afrika Selatan.
Bersih 2.0 telah membuat persediaan teknikal dan dengan harapan besar menanti jawapan positif daripada parti-parti politik untuk membuka bab baru dalam demokrasi parlimen di tanah air, di mana pengkhianatan ditewaskan oleh teknologi.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS