Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
Universiti, media dan badan kehakiman sebagai institusi kebenaran

Profesor Joseph Stiglitz (bawah), pemenang Hadiah Nobel Sains Ekonomi dan pakar ekonomi antarabangsa yang sangat berpengaruh, baru-baru ini menekankan peri penting peranan media, universiti dan kehakiman, sebagai sistem kebenaran dalam membangun ketamadunan moden manusia, berasaskan kedaulatan undang-undang, serta prinsip semak dan imbang.

Malangnya bagi beliau, dengan kebangkitan politik populisme pada hari ini, sistem kebenaran telah dihenjak-henjak oleh sang penguasa dan sekutunya yang popular, mempengaruhi minda dan emosi dengan mudah di kalangan para penyokongnya dan massa yang tidak kritikal, atas nama majoriti dan pemerintahan popular (meskipun sebenarnya hanya memenangi di sesetengah kawasan dan kelompok sahaja).

 Ini selaras sekali dengan tulisan Profesor Bart Bonikowski (Harvard) yang mengaitkan kecenderungan kerajaan populis sayap kanan dengan operasi autokratisasi terhadap institusi, yang menyebabkan berlakunya beberapa episod autoritarian di beberapa buah negara lewat ini.

Kerana itu para intelegensia dan akademik, media dan para hakim perlu berani bersuara, mengangkat kebenaran, dan menyemak sang penguasa dan sekutunya, berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang, semangat awam dan keluhuran perlembagaan.

Ini adalah tanggungjawab kita yang tidak terelak, jikalau kita mahu menyelamatkan (dan membangunkan semula) tamadun kita, atau apa yang tinggal di dalamnya.


DR MUHAMAD NADZRI MOHAMED NOOR adalah penganalisis politik.

Tulisan ini tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS