Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
Revolusi Industri 4.0: Terlalu awal simpulkan kegagalan KPM

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin berkata negara kita ketinggalan dalam kemajuan digital dalam pelbagai industri.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) salah keutamaan dengan tidak memberi tumpuan kepada Revolusi Industri 4.0.

Kenyataan itu masih boleh dibahaskan.

Polisi-polisi baharu yang diperkenalkan semenjak Dr Maszlee Malek mengetuai KPM tidak pun menjadi faktor yang meletakkan sistem pendidikan kita masih perlahan mengejar perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Isu yang timbul rentetan dari polisi baharu ini berjaya diperbesar-besarkan sehingga kita turut terperangkap dan menyalahkan KPM.

Sedangkan banyak hal digambarkan secara salah oleh pembangkang dan kumpulan seangkatan dengan mereka.

Memberi bandingan kementerian tidak memberi keutamaan kepada mengejar kemajuan digital, sebaliknya berlegar sekitar isu Jawi serta perdebatan pembelajaran sains dan matematik juga tidak tepat.

Dalam hal Revolusi Industri 4.0, sukar untuk nyatakan secara tepat sama ada kita sememangnya di belakang negara lain ataupun kita sebenarnya mengejar.

Ukuran yang diambil dalam membuat dakwaan terbabit masih tidak jelas.

Dalam mengejar Revolusi Industri untuk negara dan berskala lebih besar kepada impak ekonomi.

Ia tidak seharusnya dilihat pada peranan KPM semata-mata kerana lebih dari satu kementerian terlibat.

Kerajaan juga melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sudah mewujudkan industri 4WRD sebagai blueprint dan polisi untuk Revolusi Industri 4.0.

Hasil teknologi ambil masa

Dalam tempoh seawal 15 bulan mentadbir negara, ada perkara yang boleh dilaksana dan diubah dalam tempoh terbabit.

Namun ada beberapa perkara terutama yang memerlukan lebih masa untuk memperlihat kejayaan.

Perkara melibatkan kepakaran teknologi, ia tidak boleh dilihat hasilnya dalam tempoh singkat.

Keutamaan yang kita lihat mendapat perhatian KPM pada peringkat awal dahulu adalah isu yang dibangkitkan di peringkat bawahan terlebih dahulu, isu bebanan kerja guru, isu insfrastruktur persekolahan dan membentuk peribadi pelajar.

Kita lihat ada perkembangan positif dalam hal tersebut.

Sikit masa lagi kita akan mampu melonjakkan prestasi sistem pendidikan termasuk dalam memperlihatkan kemampuan kita mengejar Revolusi Industri 4.0 apabila asas sistem pendidikan negara kita perkukuhkan terlebih dahulu.


MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS