Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
'Lupakan PPSMI, tumpu perkasa kurikulum bahasa Inggeris'

Hasrat yang dilontarkan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan Program Pengajian Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan langkah mengundur ke belakang dan bakal menjejaskan pelajar-pelajar khususnya di luar bandar, sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini.

Jika idea besarnya mahu mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, fokus yang mungkin wajar diberikan perhatian adalah penambahbaikan kurikulum dan kaedah pengajaran bahasa berkenaan di sekolah-sekolah.

Atau jika perlu - setelah kajian dan penelitian terperinci dibuat - diwujudkan subjek bahasa Inggeris Komunikasi sebagai pelengkap kepada subjek sedia ada.

Apa pun, kesemua itu perlu kepada kajian menyeluruh, bukan sekadar mengulangi dasar-dasar lama.

Pemuda Amanah juga menyeru agar dilakukan perbincangan khusus melibatkan tokoh-tokoh pendidikan negara untuk sebarang pindaan atau penambaikan kepada dasar pendidikan ketika ini.

Kita menerima bahawa zaman kerajaan tahu segalanya telah berlalu. Justeru penting agar segmen pendidikan; juzuk paling penting dalam menentukan halatuju generasi mendatang tidak ditanggap secara mudah, ibarat menyiapkan semangkuk 'mee segera'.


SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN merupakan naik ketua Pemuda Amanah.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS