Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Simpang Renggam bersama rombongan AMANAH Johor telah mengadakan lawatan ke kawasan tempat pelupusan sampah di sekitar Renggam yang dikatakan telah menjadi punca pencemaran air di kawasan sekitar Simpang Renggam.

Hasil tinjauan yang telah dijalankan, memang ternyata telah berlakunya pencemaran di punca-punca sungai yang alirannya akan terus mengarus ke Loji Rawatan Air Simpang Renggam.

Pihak AMANAH berasa hal ini perlu dititik beratkan kerana air yang dari loji rawatan itu adalah punca utama air yang disalurkan kepada rumah di kawasan Simpang Renggam.

Pencemaran ini amat menjijik kerana ianya hasil dari pencemaran yang disalurkan oleh kotoran dari tempat pelupusan sampah di Renggam.

Pihak AMANAH mencadangkan agar kerajaan negeri Johor menyemak atau menyiasat hal berkenaan dengan tempat pelupusan sampah yang menjadi tanda tanya mengenai sisa air buangan tempat pelupusan itu yang mengalir ke dalam punca sungai.

Sisa air dari tempat pelupusan sampah itu perlulah dikendalikan dengan sebaik mungkin dan ia perlu dipulihkan atau dirawat sebelum sisa air itu dilepaskan ke dalam aliran sungai berdekatan.

Hakikatnya, air daripada sisa sampah memang mengandungi banyak bahan toksid seperti amonia. Kemudian mengalir terus ke loji rawatan sebelum disalurkan kepada pihak pengguna yang menjadikan air itu sebagai keperluan hidup seharian.

Selain itu, kami juga bimbang jika berlakunya musim kemarau atau cuaca panas yang panjang, ia akan menjejaskan keseluruhan punca sungai itu.

Kami juga kesal dengan apa yang berlaku dalam isu air ini di mana Johor adalah negeri yang mempunyai takrif air tertinggi di Malaysia tetapi kualiti yang diberikan kepada pengguna amat mendukacitakan.

Kami juga mencadangkan agar SOP yang diletakkan pada tapak pelupusan sampah di bawah syarikat SWM itu perlu diperketatkan kerana kami yakin SOP tersebut pasti menitik beratkan soal air sisa ini dari mencemari punca sungai di sekitar tapak tersebut.

Dalam pengamatan kami tapak pelupusan sampah itu sudah beroperasi lebih dari 10 tahun dan kami juga kesal apabila selama ini air yang menjadi sumber utama penduduk di Simpang Renggam ini telah dicemari dengan toksid hasil daripada sisa sampah.

Sebagai anggota parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng yang juga merangkap pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) dilihat oleh pelbagai pihak gagal menghindarkan pengundi-pengundinya daripada ancaman pencemaran air di kawasan Simpang Renggam.


MOHD SAID JONIT ketua AMANAH Simpang Renggam.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan organisasinya. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS