Paling Popular
Terkini

Apabila penggunaan teknologi disarankan untuk pembelajaran dalam sistem pendidikan kita, akan kelihatan ada dua gambaran atau paparan yang berbeza terhadap status terkini.

Sebagai pendidik masa kini, hubungan dan interaksi atas talian dengan rakan pendidik yang celik teknologi berada di tahap evolusi yang sangat perlahan tetapi stabil. Inovasi terkini banyak dipacu melalui teknologi dalam pendidikan.

Bagi pendidik yang kerap melibatkan diri dalam perbincangan mahu pun secara bersemuka, apabila timbul peluang untuk berinteraksi tentunya kita mendapat gambaran yang berbeza. Kita akan dapat melihat sokongan pembangunan profesional model pendidikan abad ke 20 yang sangat minimun yang diterajui oleh pentadbir kecil dalam status terkini.

Ramai juga mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa sebenarnya yang diinginkan dalam pendidikan abad ke -21.

Sudah tentu masing-masing akan memberi dan mengeluarkan pendapat dan pengalaman peribadi masing-masing untuk menilai ketepatan isu. Tentunya beberapa pihak yang terlibat akan mengatakan bahawa mereka menyokong status quo dalam pendidikan.

Mereka akan menunjukkan kepada kita apa sahaja pelaksanaan inovasi yang wujud di tempat mereka dan menggambarkannya sebagai peraturan dan amalan dan bukannya pengecualian.

Dan tentunya iklim politik masa kini menyokong penuh akan inovasi dalam pendidikan memandangkan pihak bertanggungjawab telah pun menjalankan dan melaksanakan program yang telah dihasilkan mereka.

Namun realitinya bergantung kepada status pembiayaan kewangan dan kemudahan peralatan dan infrastruktur yang disediakan. Dan pendidik terpaksa menurut arahan yang telah dikeluarkan walaupun pada dasarnya mereka sendiri tidak berpengetahuan, berkemahiran mahupun kompeten dalam penggunaan teknologi. Ia seolah-olah hampir tiada pemangkin kepada perubahan yang inovatif.

Kebanyakan idea-idea baru pastinya mendapat bantahan dari pengguna dan pelaksana. Pendidikan memerlukan idea-idea baru dan orang yang boleh melaksana dan membawa idea-idea walaupun risikonya adalah tinggi. Untuk menjayakan program kita perlu mendedahkan pendidik kepada idea-idea terkini dan terbaik untuk pembelajaran melalui pembangunan profesional.

Sebaik sahaja mereka mempunyai dan memperoleh pengetahuan ini, usaha pendidik perlu disokong melalui kerjasama dengan pihak lain untuk mendapatkan hasil , perancangan dan pelaksanaan idea-idea . Apabila dilaksanakan, tempoh masa dan sokongan perlu diberikan dalam usaha untuk membangunkan , menilai , menghalusi dan meningkatkan idea. Semua ini memerlukan masa dan masa diterjemahkan kepada wang.

Pembiayaan kewangan untuk pendidikan jarang diperkatakan tetapi ia adalah punca kepada masalah. Mana-mana negara membiayai pendidikan melalui cukai, dan itu adalah merupakan bebanan dan sering menjadi perbincangan untuk ahli-ahli politik . Jika pendidikan adalah keutamaan seperti pertahanan , ia bukanlah menjadi beban. Oleh kerana pembiayaan pendidikan adalah juga merupakan sebahagian dari perdebatan politik tentunya ia akan sentiasa menjadi isu politik dan tertakluk kepada aliran pasang surut dan trend yang popular, kegawatan ekonomi, dan mitos popular. Tiada satu pun daripada ini menyokong inovasi.

Inovasi adalah suatu perubahan dan kebanyakan orang tidak selesa dengan perubahan. Ia adalah risiko. Semakin besar risiko, kurang kemungkinan perubahan yang akan berlaku. Kebanyakan orang mahu sistem pendidikan yang terbaik dan terkini, namun hakikatnya kita hanya digambarkan seolah-olah kita telah pun mencapai apa yang dihasratkan oleh pentadbir, mereka yang bertanggungjawab, mengunjur prestasi yang positif mengenai inovasi dan pemodenan dalam apa sahaja program, mahupun di sebahagian kecil program, atau di sekolah yang menawar dan mengadakan perubahan.

Tidak dinafikan, terdapat beberapa institusi pengajian pendidikan yang melaksanakan perkara-perkara yang dinyatakan yakni dengan sokongan kepimpinan pendidikan yang progresif dan pendidik yang disokong dengan pembangunan profesional yang mantap bagi tujuan. Terdapat juga institusi yang memberi tumpuan kepada pengujian dan mengekalkan apa yang mereka percaya dan menyediakan kestabilan dan kebolehramalan untuk mengatasi piawaian yang diperlukan dan ujian kepentingan yang tinggi. Kawalan dan pematuhan bagi pendidik, dan juga pelajar, adalah komoditi yang terbukti dalam persekitaran ini.

Persoalannya ialah di manakah kedudukan kita sekarang, dan bilakah kita akan sampai ke mana kita diperlukan? Ramai yang tentunya cenderung untuk berfikir dan menyatakan yang kita belum cukup inovasi sokongan. Sokongan memerlukan tindakan, bukan hanya ayat dan kata-kata.

Kita memerlukan kepimpinan yang berani untuk bersama menyatakan sokongan status quo. Bukanlah semua dari masa lalu itu tidak baik. Kita perlu menentukan apa yang mempunyai nilai dan apa yang perlu diubah dalam masyarakat teknologi maklumat yang sangat berbeza daripada apa ada pada abad ke -20.

Perubahan adalah juga suatu gangguan dan institusi konservatif seperti pendidikan tidak mampu bertolak ansur dengan gangguan.. Kita semua perlu melihat pendidikan sebagai pelaburan yang diperlukan untuk anak-anak kita dan negara kita. Seorang rakyat berpendidikan adalah pertahanan yang terbaik untuk berurusan dengan perkara yang kita belum mampu bayangkan. Jika kita ingin mendidik anak-anak kita, kita perlu terlebih dahulu mendidik pendidik.


AZIZI AHMAD adalah seorang pendidik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS