Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald The Catholic Weekly telah membangkitkan sentimen keagamaan.

Keputusan itu juga bercanggah dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam yang telah digazetkan di sepuluh negeri.

 

Oleh kerana keresahan ini timbul ekoran keputusan mahkamah, JIM berpandangan penyelesaiannya juga harus dicari melalui proses undang-undang.

JIM menyokong usaha segera kerajaan untuk merayu dan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

JIM menyeru semua pihak supaya memberi peluang proses undang-undang (due process) berjalan tanpa tekanan mana-mana pihak.

JIM juga menyeru semua pihak agar memastikan respons kepada keputusan mahkamah ini tidak menjerumuskan Malaysia kepada kekacauan di antara penganut-penganut agama.

 

JIM juga menyeru pihak agama Katholik untuk berhati-hati dalam menggunakan kebenaran mahkamah ini, kerana umat Islam amat sensitif jika nama Allah dikaitkan dengan perkara yang tidak selayaknya bagi-Nya.

Isu ini jauh lebih sensitif daripada isu kartun Nabi Muhammad yang disiarkan oleh media di Denmark dahulu.

 

JIM berharap isu ini diselesaikan dengan segera supaya ia tidak membawa kepada polarisasi di kalangan rakyat Malaysia, hingga memberi kesan jangka panjang.

 

JIM juga berharap satu lagi pihak, difahamkan Sidang Injil Borneo, yang akan membuat tuntutan yang sama di mahkamah supaya menangguhkannya sehingga kes yang ada sekarang selesai.

Kenyataan media Zaid Kamaruddin, presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS