ADS
mk-logo
From Our Readers

Saya ingin merujuk kepada rencana yang bertajuk 'Balik ke pangkal jalan' (21 Dis) oleh Lee Ban Chen berkenaan dengan pendapat beliau terhadap tawaran DAP kepada Keadilan dan PRM untuk bergabung menjadi satu parti pembangkang yang berbentuk sekular.

Ban Chen telah cuba menggambarkan satu senario dimana Presiden PAS, Fadzil Noor, bersetuju untuk menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan BA.

Beliau sepatutnya lebih berfikiran matang dalam membuat analisa terhadap perkara-perkara seharian mahupun perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

Saya tidak dapat menolak kesahihan bahawa yang menjadi dalang dalam arena politik Malaysia ialah ideologi politik perkauman yang sempit. Oleh itu, DAP yang berpegang kepada ideologi demokratik sosialis yang mengamalkan prinsip sekularisme, masih perlu menambah keringat dalam usaha membentuk satu parti yang memerlukan sokongan padu daripada seluruh negara.

DAP, tidak akan berjaya mencapai matlamatnya sekira ia hanya berminat dengan permainan politik yang diwarisi sehingga sekarang.

ADS

Walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan bidasan Ban Chen terhadap cadangan mewujudkan satu barisan yang lebih alternatif daripada yang ada sekarang.

Saya menekan perlunya kematangan berfikir dalam arena politik ini. Saya rasa sudah tentu tiada sesiapapun di dunia ini akan percaya dengan hujah-hujah seorang sahaja.

Kata-kata Fadzil Noor - "menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan BA" - ini sebenarnya telah menimbulkan seribu satu pertanyaan dalam isi hati saya.

Apa maksud sebenar Fadzil? Bukankah BA yang ditubuhkan dua tahun yang lepas menerapkan semangat yang sama dalam pembentukan manifesto bersama BA? Bukankah PAS turut menabur janji bahawa ia tidak akan melaksanakan polisi negara Islamnya tanpa "musyawarah" terlebih dahulu dengan parti komponen BA yang lain?

PAS perlu menghormati manifesto bersama yang dilengkapkan oleh parti pembangkang yang bergabung pada tahun 1999.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS
ADS
ADS