Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Puteri Balqis terkilan ibu dituduh hisap dadah
Diterbitkan:  Oct 28, 2024 1:52 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Pelakon Puteri Balqis berasa kecewa apabila segelintir pengguna alam maya menuduh ibunya, Norashikin Mohd Aziz mengambil bahan terlarang.

Balqis mendakwa, komen liar itu mengakibatkan ibunya mengalami gangguan emosi yang teruk hingga bertindak di luar kawalan dengan mencederakan diri sendiri.

“Hari ini dalam TikTok, aku terima lebih 100 komen. Semua 100 komen itu benda yang sama. Jangan cakap aku tak relaks, jangan cakap baru satu komen aku dah beria.

“Kalau ikutkan, komen begini dah beribu dah, bertahun-tahun dah. Mak aku tidak ada media sosial. Tapi tidak tahu, dia tergerak hati nak baca komen semalam dan nampak pula komen macam ini.

“Kalau dia telan semua ini semalam, kau nak ganti balik mak aku? Sampai hentak kepala dia dekat dinding, sampai melompat-lompat macam orang gila,” katanya.

Balqis,17, turut memaklumkan ibunya memiliki rekod masalah kesihatan mental seperti kemurungan teruk, keresahan dan  gangguan tekanan pascatrauma (PTSD).

Dakwanya, laporan kesihatan itu disahkan oleh lapan doktor pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Jelasnya, dia tidak makan dan tidak tidur disebabkan bimbang dengan keselamatan ibunya itu.

“Aku kena kerja esok. Kau ingat aku boleh kerja tengok mak aku macam ini.

“Sebab takut mak aku buat sesuatu membahayakan nyawa tiba-tiba,” katanya melalui sebuah hantaran di Instagram.

Terdahulu, Balqis memuat naik video bersama ibunya membuat ulasan produk di TikTok. Namun, timbul tuduhan di ruangan komen yang mendakwa mata Norashikin merah akibat pengambilan bahan terlarang.

“Mata merah menyala, belanja sikit kalau ada lebih,” komen salah seorang netizen.

Pelakon drama Khilaf Yang Tertulis itu berkata, disebabkan terlampau banyak tuduhan sedemikian, ibunya terpaksa berulang-alik melakukan ujian air kencing bagi membuktikan dirinya bebas daripada pengambilan bahan terlarang.

Justeru, katanya perasaannya hiba melihat keadaan yang perlu dilalui Norashikin.

“Kau tidak faham perasaan apabila tengok mak kau kena fitnah, kena hina. Kau boleh jumpa aku depan-depan. Boleh jumpa dengan pengurus aku, boleh pergi suruh mak aku buat ujian air kencing.

“Mak aku dah berapa kali ulang alik balai polis buat ujian air kencing sebab komen-komen bodoh begini. Di Malaysia ramai orang yang bijak. Kau ingat doktor itu bodoh sangatkah?

“Mak aku ulang alik hospital, ambil darah, ambil air kencing. Ingat tidak dapat kesan ke kalau kau ada dadah atau tidak?

“Kalau mak aku mati pun, aku harap dia mati dalam keadaan yang tenang. Dengan apa yang dia dah kena fitnah dan dihina, aku doakan rezeki dia sentiasa luas,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS