Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Gara-gara alihkan najis haiwan, Alif disaran jadi YB
Diterbitkan:  Oct 25, 2024 3:12 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Tindakan pelakon dan penyanyi Alif Satar yang dilihat tidak kisah dengan ‘aroma’ malah sudi mengaut najis haiwan yang bertaburan di jalan raya membuatkan warganet kagum dengan sikapnya yang merendah diri.

Bahkan gara-gara keprihatinannya membersihkan sendiri najis haiwan itu menggunakan cangkul, segelintir pengguna Internet bergurau dengan mencadangkan agar dia bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Pilihan raya seterusnya, kita undi Alif jadi wakil rakyat,” kata netizen.

Alif pula sempat berseloroh dengan menjawab yang dia memilih untuk bertanding di kawasan Segambut.

Menurut penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu, dia mengalihkan najis haiwan tersebut kerana bimbang dengan keselamatan pengguna jalan raya di situ.

“Siapa sangka tengah-tengah bandar pun ada tahi kerbau di jalan raya. 

“Kalau tengah malam dia melintas, orang tidak nampak (jadi) memang bahaya,” katanya.

Alif, 34, dipercayai sedang melakukan rutin senamannya di sekitar lokasi kejadian.

Pelakon yang terkenal dengan fenomena “Geng Subuh Macam Jumaat” itu malah sempat bergurau dengan bertanya siapakah pemilik haiwan berkenaan.

“Hari ini berbeza sikit sesi senaman aku, siapa punya kerbau ini? Baik mengaku,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS