Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ariel Nidji doakan Giring gembira jawat jawatan timbalan menteri
Diterbitkan:  Oct 22, 2024 12:55 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Pemain gitar kumpulan Nidji, Ariel, menitipkan pesanan kepada bekas vokalis band itu, Giring Ganesha, yang dilantik sebagai timbalan menteri kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih pimpinan Prabowo Subianto.

Ariel berkata dia tidak terkejut mendengar khabar berita mengenai Giring kerana memang menganggap sahabatnya itu sudah menemukan satu titik tujuannya dalam hidupnya.

“Ya, memang itu tujuannya, kan? Pesanannya, semoga Giring happy (gembira),” kata Giring.

Pun begitu, pemilik nama penuh Andy Ariel Harsha Azhar itu mengakui dia tidak mengikuti perkembangan terkini terkait Giring, 41, secara keseluruhan.

Menurutnya, berita pelantikan Ariel itu diketahui selepas dia baru saja menggarap album terbaru Nijdi bersama anggota band yang lain iaitu Rama, Randy Danistha, Andro dan Adri.

“Ya kami dengar kabarnya samar-samar. Cuma kami happy-happy saja,” katanya dipetik Tribunnews.

Prabowo mengumumkan senarai menteri dan timbalan menteri dalam kabinetnya selepas mengangkat sumpah sebagai presiden baru Indonesia di Istana Merdeka, Jakarta beberapa hari lalu.

Giring, 41, akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dengan ahli politik dari parti Gerindra, Fadli Zon, sebagai menterinya.

Penyanyi itu masuk dalam jajaran kabinet kerja Prabowo dan Gibran Rakabuming Raka untuk memajukan Indonesia selama lima tahun ke depan.

Ariel berkata, band itu sekarang tidak memikirkan perkara lain dan memilih untuk fokus menyelesaikan album baru mereka.

“Tapi Nidji happy-happy saja,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS