Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pelakon dan penyanyi era 1980-an Isma Alif, yang kini dalam proses pemulihan selepas diserang angin ahmar pada Disember tahun lepas, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan bagi membantu proses pemulihan Isma itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi, baru-baru ini.

“Saya mendoakan beliau diberi kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Isma Alif, atau nama sebenar beliau Muhammad Latiff Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Dis 2023 kerana berada dalam keadaan kritikal serta ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS