Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Batik inspirasi Venom: The Last Dance raih perhatian
Diterbitkan:  Oct 16, 2024 3:51 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Karya batik diinspirasikan daripada filem Venom: The Last Dance yang dihasilkan pelukis Arif Rafhan Othman menuai minat ramai apabila ia dimuat naik di media sosial hari ini.

Syarikat rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) dan Sony dalam kenyataannya memuji karya itu kerana ia dihasilkan dengan penuh teliti.

“Venom mendapat sentuhan budaya dengan reka bentuk batik yang menakjubkan.

“Lihat ini kombinasi warisan Malaysia dengan alam semesta Venom direka dengan perincian luar biasa.

“Shout out kepada Arif Rafhan Othman untuk karya seni yang menakjubkan,” katanya.

Arif Rafhan Othman

Filem dibintangi Tom Hardy yang membawa watak sebagai Venom itu bakal menjengah pawagam pada 24 Okt ini.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan teruja selepas melihat hasil batik tersebut.

“Saya menyukainya. Sekilas lalu boleh dilihat karya itu seolah-olah menjerit Malaysia.

“Tiada budaya lain yang boleh mencipta karya agung seperti itu,” kata salah seorang pengguna media sosial.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS