Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Perkahwinan 18 tahun Fazley Yaakob, isteri berakhir
Diterbitkan:  Oct 15, 2024 3:29 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Cef selebriti dan penyanyi, Fazley Yaakob, mengesahkan bahawa dia sudah bercerai dengan Azrene Soraya Abdul Aziz sejak beberapa bulan yang lalu.

Katanya, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama selepas 18 tahun mereka bergelar pasangan suami isteri.

“Saya sendiri telah memfailkan perceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh iddah telah pun tamat. Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama.

"Semoga dengan penjelasan ini, tidak ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penyanyi Asmara Ini berkenaan juga berkata, hubungan dengan bekas isterinya masih kekal baik dan masih sama seperti mereka mula-mula berkenalan dulu.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah 13; dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS