Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fattah, Fazura diumum berduet dalam Bertahan Demi Cinta
Diterbitkan:  Oct 8, 2024 4:43 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Tindakan syarikat rakaman Indonesia, Hits Records, mengumumkan Fattah Amin dan Nur Fazura bakal melancarkan lagu duet tiga hari selepas perceraian mereka mengundang kritikan umum.

Lagu berjudul Bertahan Demi Cinta itu dilihat tidak bersesuaian dengan senario semasa membabitkan kedua-dua pihak semalam apatah lagi ia mengundang polemik di media sosial hingga ke hari ini.

Difahamkan, lagu sentuhan penyanyi Ippo Hafiz itu dihasilkan kedua-dua artis terbabit ketika mereka masih lagi suami isteri.

Hits Records mengiringi hantaran berkenaan dengan tanda pagar #DemiCinta by @missfazura dan @Fatahaminz akan dilancarkan tidak lama lagi. 10.10.24.

“Jadi, apa yang dipertahankan? Tak faham,” kata seorang pengguna Internet.

Seorang lagi pengguna media sosial berkata: “Tidak perlu dilancarkan lebih bagus.”

Fattah, 34, melafazkan cerai talak satu terhadap Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Shah Alam semalam.

Pelbagai spekulasi berhubung kemelut rumah tangga pasangan itu muncul antaranya kehadiran orang ketiga.

Nur Fazura, 41, mendakwa selain curang, Fattah juga culas soal nafkah namun segala tuduhan dinafikan bekas suaminya itu.

Pelakon filem Pisau Cukur itu dan Fattah yang berkahwin pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS