Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
MCMC pantau kandungan media sosial terkait GISBH
Diterbitkan:  Sep 21, 2024 2:41 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata sehubungan itu pihaknya akan bekerjasama dengan mana-mana agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.

"Antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran berkenaan (parodi).

"Pada masa sama kerajaan meminta orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), polis dan lain-lain.

"Kalau kami terima laporan berhubung perkara itu, kami akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak infrastruktur Komunikasi Jendela fasa satu di Felda Inas, Kulai hari ini.

Teo berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan masyarakat menjadikan isu melibatkan GISBH sebagai bahan parodi atau jenaka di pelbagai platform media sosial ketika ini.

Baru-baru ini lagu nyanyian ahli kumpulan terbabit termasuk melibatkan pengasas Al-Arqam tular di media sosial sehingga mendapat perhatian sejumlah masyarakat di negara ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS