Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Pameran Cahaya Langsuir artis Jepun gabung unsur alam dan spiritualiti

Pameran Cahaya Langsuir oleh oleh artis visual Jepun, Kazutaka Shioi kini sedang berlangsung di Balai Seni Negara Langkawi sehingga 13 September ini.

Dirasmikan oleh Pengarah Japan Foundation Tsukamoto pada Sabtu kalu, pameran ini diadakan sempena program residensi “Barehands Residency”, hasil kerjasama AP Art Gallery, Akaldiulu, Japan Foundation dan Uku Private Gallery serta disokong oleh MyCreative Ventures.

Ketika dihubungi Malaysiakini, kurator merangkap ketua Unit Komunikasi Korporat Balai Seni Negara Mohd Zuriyadi Sarpin (gambar bawah) berkata pihaknya mengambil peluang untuk mengadakan pameran itu apabila Shioi menjalani residensi di Langkawi.

“Pameran ini menampilkan karya yang menggabungkan alam semula jadi dan spiritualiti, dengan menggunakan daun Langsuir yang ditemui di residensi di Akaldiulu. 

“Shioi menyatukan elemen tradisional dengan inovasi kontemporari, menghasilkan pengalaman seni yang mendalam dan menyeluruh,” katanya.

Dia berkata pengunjung juga setakat ini memberikan sambutan memberangsangkan, terutama berhubung kelainan pada karya Shioi yang menggabungkan elemen semula jadi di Malaysia, teknik fotografi dirinya serta penggunaan bahantara yang berlainan.

Antara yang hadir semasa perasmian Cahaya Langsuir adalah Pengarah Japan Foundation Kyoko Kugai, Pegawai Kanan Program Japan Foundation Kazutaka Shioi dan pengasas Akaldiulu Nazura Rahime dan sejumlah penggiat seni Langkawi.

Menerusi pameran ini, kata Mohd Zuriyadi, pengkarya tempatan dan Jepun boleh bertukar pengetahuan dan pandangan dalam penghasilan karya.

“Satu dokumentasi juga akan dibuat dan dipamerkan di Fukuoka, Jepun. Tayangan tersebut boleh menonjolkan peranan Balai Seni Negara di sana,” katanya lagi.

Dia turut membangkitkan kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam aspek pertukaran budaya dan penghasilan karya, seperti yang ditunjukkan oleh pameran ini yang merupakan hasil kerjasama Japan Foundation, AP Art Gallery dan Akaldiulu.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS