Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Filem kontroversi Trump ditayangkan sebelum pilihan raya AS
Diterbitkan:  Aug 31, 2024 12:33 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Filem drama biografi kontroversi mengenai Donald Trump semasa zaman mudanya, The Apprentice, akan ditayangkan di pawagam AS dan Kanada pada Okt ini, beberapa minggu sebelum pilihan raya presiden diadakan.

Filem yang menjadi perbualan hangat itu telah diperoleh oleh Briarcliff Entertainment untuk tayangan sebelum pilihan raya pada 11 Oktober, menurut Xinhua yang memetik laporan The Hollywood Reporter.

Diarahkan oleh Ali Abbasi dan ditulis oleh Gabriel Sherman, filem itu menampilkan Sebastian Stan sebagai Trump.

The Apprentice yang ditayangkan di Festival Filem Cannes pada Mei, mengisahkan kerjaya Trump sebagai ahli perniagaan hartanah di New York pada 1970-an dan 1980-an.

Los Angeles Times melaporkan, filem itu pernah dipertandingkan di Cannes dan serta-merta mencetuskan kontroversi.

Selepas pelancaran filem itu, lapor akhbar terbabit, pengarah komunikasi kempen Trump, Steven Cheung, mengecamnya sebagai "sampah" dan "fiksyen semata-mata" serta berjanji untuk memfailkan saman terhadap pembuatnya sebagai langkah menggagalkan penayangannya.

Pengedar memperoleh hak pengedaran The Apprentice di Kanada, Eropah dan beberapa bahagian di Asia, tetapi nasib filem itu di AS menghadapi ketidaktentuan apabila studio, penstrim dan pengedar teragak-agak untuk mengundang kemarahan Trump dan penyokongnya.

Los Angeles Times juga melaporkan selepas beberapa bulan berundingan, Briarcliff akhirnya mengambil langkah untuk mendapatkan hak pengedaran domestik filem itu.

- Bernama/Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS