Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Rogol: Da'i Syed bersalah, dihukum penjara 10 tahun, 3 sebatan
Diterbitkan:  Aug 30, 2024 12:25 PM
Dikemaskini: 6:32 AM

Mahkamah Sesyen Shah Alam memutuskan Pendakwah selebriti Da'i Syed bersalah merogol seorang wanita lima tahun lalu.

Dia atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, lapor Sinar Harian.

Hakim Norazlin Othman memerintahkan Syed, 29, dihukum serta-merta setelah gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dia terkejut, tunduk dan menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh setelah mendengar keputusan itu.

Isterinya pengacara Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak kira-kira dua minggu lalu, turut hadir ke mahkamah.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam jam awal pagi 11 September 2019.

Pada April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan dia membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Selain kes itu, dia juga berdepan dua lagi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan dan membebaskannya pada 31 Mei tahun lalu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS