Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lelaki ugut tunjuk anu pada Aliff Syukri
Diterbitkan:  Aug 21, 2024 1:17 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Usahawan sensasi Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila ada seorang lelaki cuba menunjukkan alat sulit kepadanya.

Aliff berkata, lelaki terbabit sebelum itu mengugut untuk membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya.

“Mohon berhati-hati, sumpah saya takut!

“Siapa yang pernah kena macam saya ni? (lelaki mahu buka zip tunjuk anu). Saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni.

“Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia. Bahaya sekarang ini,” katanya melalui hantaran di Instagram.

Menurut penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu, individu terbabit menyergah sewaktu dia mahu turun kenderaan dari parkir.

Katanya, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya.

“Saya terkejut tiba-tiba apabila saya nak turun dari parkir kereta ada orang dari luar datang sergah kereta saya,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS