Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Peguam sahkan Syamsul Yusof fail cerai terhadap Ira Kazar
Diterbitkan:  Aug 19, 2024 9:59 PM
Dikemaskini: 1:59 PM

Peguam Syamsul Yusof mengesahkan pengarah itu memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar hari ini.

Peguam syarie Azmi Mohd Rais Syamsul berkata, permohonan cerai difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Bagaimanapun, Azmi berkata setakat ini sebutan kes bagi permohonan berkenaan belum ditetapkan.

“Setakat ini, ia masih di peringkat awal pemfailan dan makluman berkenaan perkara itu akan diberikan oleh mahkamah kelak,” katanya dipetik Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan Syamsul, 40, memfailkan cerai terhadap Ira ekoran tiada lagi persefahaman antara mereka.

Khabar angin mengenai perceraian pasangan itu bertebaran sejak Oktober tahun lalu.

Syamsul dan Ira, atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, bernikah pada 6 Januari tahun lalu di selatan Thailand.

Pengarah filem Munafik itu memaklumkan berkenaan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram pada Januari tahun lalu.

Pelakon Puteri Sarah yang juga isteri pertama Syamsul ketika itu nekad memfailkan cerai sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS