Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nora diceraikan talak satu melalui rakaman video
Diterbitkan:  Aug 12, 2024 9:18 PM
Dikemaskini: Aug 13, 2024 1:54 AM

Penyanyi Nora Ariffin diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Rushdi Ramli melalui satu video dikongsikan di Instagram hari ini.

Perkongsian itu dimuat naik oleh penyanyi Rela Berpisah itu sebentar tadi.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya dalam video itu.

Spekulasi rumah tangga Nora, 51, dengan Rushdi yang merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya itu goyah, bertebaran sejak tahun lalu.

Bagaimanapun Nora menyangkal spekulasi terbabit.

Nora Ariffin

Ketika itu, Nora berkata dia masih bergelar isteri kepada Rushdi malah hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Mereka mendirikan rumah tangga dalam satu majlis pada 2021. 

Walaupun tidak menghuraikan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, penyanyi itu berkata, jodohnya adalah sahabat baik kepada arwah suami, Johan Nawawi.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. 

Komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. 

Pada 13 Disember 2019, Nora sekali berdepan ujian berat apabila anak kedua, Muhammad Syakir Aliff, 20, meninggal dunia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS