Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Michelle Yeoh ucap tahniah pada Zii Jia, pasangan beregu badminton
Diterbitkan:  Aug 6, 2024 3:52 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Pelakon kelas A Hollywood dari Malaysia, Michelle Yeoh, turut berkongsi kegembiraan dengan pencapaian kontinjen Malaysia yang meraih dua pingat gangsa dalam kejohanan Olimpik Paris setakat ini.

Michelle memuat naik ucapan tahniah kepada pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, kerana kejayaan atlet terbabit menambah pingat kedua untuk negara.

“Tahniah Lee Zii Jia kerana memenangi (pingat) gangsa dalam acara badminton perseorangan lelaki.

“Teruskan pasukan Malaysia!” kata Michelle dalam hantaran yang didedikasikan kepada Zii Jia di akaun Instagram peribadinya.

Zii Jia berjaya menewaskan Lakshya Sen dari India dalam pertarungan mendebarkan di Porte de La Chapelle Arena, Paris malam tadi.

Pemain yang menduduki ranking ketujuh dunia itu memperoleh pingat gangsa selepas menumpaskan pemain nombor 14 dunia dengan mata 13-21, 21-16, 21-11.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Michelle, 61, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

“Tahniah. Saya sangat berbangga dan gembira apabila wakil badminton Malaysia berjaya meraih pingat gangsa,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS