Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Puteri Sarah saman bekas pekerja RM1 juta
Diterbitkan:  Aug 1, 2024 5:52 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Pelakon Puteri Sarah Liyana meneruskan tindakan undang-undang dengan menyaman bekas pekerjanya Nazatul Nazira.

Puteri Sarah berkata, dia tetap dengan pendiriannya kerana yakin berada di pihak yang benar serta ingin menuntut hak yang sudah diambil.

“Saya failkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah.

“Jika pihak sana berkeras, saya pun berkeras juga. Saya geram dan yakin di pihak benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya," katanya dipetik BH Online.

Puteri Sarah hadir di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi proses mediasi yang berlangsung hari ini.

Bekas isteri pengarah Syamsul Yusof itu sebelum ini memfailkan saman dan tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa membuat kenyataan fitnah.

Melalui kenyataan fitnah dikongsi di Instagram, terdapat lima tuduhan dibuat terhadapnya, antaranya didakwa mengambil dadah.

Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja.

Puteri Sarah turut menuntut individu terbabit menarik semula kenyataan fitnah dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menurut Puteri Sarah dia mahu memperjuangkan hak yang ditunggu sejak tahun lalu.

“Kita tunggu ada atau tidak jalan penyelesaian,” katanya.

Nazatul hari ini juga dilaporkan enggan menyelesaikan perkara terbabit secara baik malah memfailkan saman balas fitnah terhadap bekas majikannya itu dalam usaha membersihkan namanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS