Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Isteri pelawak dikenakan tindakan oleh polis
Diterbitkan:  Jul 29, 2024 11:52 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

Tiada sebarang pertuduhan akan dibuat ke atas pelawak dan isterinya - seorang anggota polis - susulan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Telegram.

Ketua Polis Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kertas siasatan berkenaan kes itu sudah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 25 Julai lalu.

Katanya pihak yang berkenaan berpendapat tiada pertuduhan akan dibuat ke atas pasangan terbabit.

“Bagaimanapun, isteri lelaki berkenaan akan diambil tindakan oleh jabatan,” katanya dipetik Harian Metro.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan seorang pelawak dan isterinya ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berbubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam.

Telefon genggam pasangan terbabit turut dirampas bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum itu, tular di aplikasi Telegram berkaitan hantaran membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS