Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sathiya stabil, masih perlu masa untuk pulih sepenuhnya

Pelakon dan pelawak tempatan, Sathiya, 60 dalam keadaan stabil selepas serangan penyakit angin ahmar, baru-baru ini.

Menurut anaknya, Vickyneswry, 34, keadaan bapanya stabil walaupun memerlukan masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya.

"Keadaan stabil. Pertuturannya normal. Tapi dia berkata masih terasa kebas di bahagian kaki dan tangan.

"Doktor memberitahu ahli keluarga proses pemulihan sepenuhnya mungkin mengambil masa. Bergantung kepada kekuatan badan dia," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pelawak yang antara lain dikenali menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami kebas kaki dan tangan.

Vickyneswry berkata, ini adalah serangan keduanya dalam tempoh beberapa tahun lepas.

"Setakat ini, dia disarankan melakukan rawatan akupuntur dan makan ubat. Tak perlu lakukan fisioterapi.

"Bapa saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis tetapi tidak pernah lupa makan ubat,” katanya.

Dalam pada itu, Vickyneswry meluahkan rasa terima kasih kepada peminat dan rakan bapanya yang prihatin dengan keadaan pelakon tersebut.

"Dia ucap terima kasih kepada semua yang bertanyakan tentangnya," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS