Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pengkritik dan pengarah filem, Mansor Putih meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi.

Berita dukacita itu disahkan anak buah Mansor yang juga penerbit program Muzik-Muzik dan Family Duo, Noradillah Abdullah atau Adeed kepada Malaysiakini.

“Difahamkan pakcik kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari Hospital Kuala Lumpur. Polis maklumkan perkara itu kepada seorang lagi pakcik saya.

“Apabila dapat berita itu, saya tidak tahu nak beri reaksi macam mana sebab terlalu sedih. Dia baru saja hubungi saya dan berkongsi gambar arwah bapa melalui kiriman WhatsApp bagi mengenang tarikh kematian adiknya itu semalam.

“Pakcik dan arwah bapa saya amat rapat. Pakcik adalah anak keempat daripada 10 orang adik-beradik. Sejak bapa meninggal dunia, dia sering berkongsikan gambar-gambar mereka bersama,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya sekiranya Mansor menghidapi sebarang penyakit, Adeed, 41, menjawab Allahyarham seorang yang tidak suka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

“Saya tidak pasti sebab arwah bukan suka berkongsi sangat orangnya. Tapi baru-baru ini, pakcik ada jalani pembedahan kaki,” katanya.

Menurut Adeed, jenazah ketika ini sedang berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz bagi tujuan bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan lewat petang di Tanah Perkuburan Islam Durian Tunggal, Melaka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS