Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pasangan pelawak, isteri dibebaskan dari reman
Diterbitkan:  Jul 3, 2024 5:56 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Seorang pelawak dan isterinya yang ditahan reman oleh polis Selangor sejak semalam sudah dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata reman pasangan terbabit tamat hari ini dan mereka diberikan jaminan polis.

“Siasatan lanjut kes berkenaan bagaimanapun masih diteruskan.

"Selain itu, siasatan mengenai tindakan tatatertib akan dijalankan ke atas si isteri yang juga anggota polis,” katanya dipetik Kosmo!.

Semalam, mahkamah membenarkan pelawak terbabit direman selama dua hari, manakala isterinya diremah sehari. Perintah itu dikeluarkan majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Pelawak terbabit berusia 38 tahun.

Kedua-dua mereka ditahan pihak berkuasa sewaktu hadir memberi keterangan di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam kira-kira jam 7 petang semalam.

Mereka dipanggil berhubung penyebaran maklumat dalaman polis yang terbesar melalui aplikasi Telegram.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS