Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
‘Rehat’ tamat, Don Daniyal kembali ke RTM
Diterbitkan:  Jun 13, 2024 12:11 PM
Dikemaskini: 4:12 AM

Pendakwah sensasi, Don Daniyal Don Biyajid akhirnya diberi kepercayaan untuk menyambung semula tugasnya sebagai pengacara rancangan Salam Baitullah di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan RTM melalui satu hantaran di Facebook yang memaparkan rancangan Salam Baitullah 2024.

Rancangan itu turut menampilkan gandingan Don Daniyal, Fakhrul Radzi dan Megat Zaid sebagai pengacara.

Sebelum ini, Don direhatkan daripada terus bersiaran selepas dakwaannya berkaitan sejarah Nabi Muhammad SAW menerima kritikan pelbagai pihak.

Dia direhatkan daripada program Salam Baitullah sejak 2 Jun lalu.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan kenyataan menjelaskan  kenyataan Don Daniyal berhubung kisah Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW adalah diragui.

Don Daniyal, 39, dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini yang turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Fauwaz Fadzil.

Salam Baitullah adalah rancangan tonggak RTM yang bersiaran setiap kali musim haji kembali menemui penonton pada musim ke-16 bermula 2 hingga 17 Jun ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS