Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
PFM, Gafema anjur forum antirasuah, tingkat integriti penggiat seni
Diterbitkan:  May 31, 2024 1:45 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Forum Antirasuah bersama Penggiat Industri Kreatif Negara, esok.

Presiden PFM Pansha berkata program julung kali diadakan itu akan bermula 7.30 pagi di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Beliau berkata program itu antara lain bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan fungsi dan bidang kuasa SPRM dalam industri penerbitan filem khususnya dalam mengendalikan geran serta pengagihan Dana Kandungan Digital (DKD).

“Program ini menyasarkan golongan pengurusan dan urus tadbir dalam industri penerbitan filem supaya  dapat memberi kesedaran tentang kesan jenayah rasuah dalam industri penerbitan filem terutama membabitkan kronisme dan hubungan jaringan. 

“Kami juga berharap untuk mendapatkan sokongan penggiat industri agar menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan rasuah. Selain itu, kami juga ingin menanam sifat tanggungjawab dalam kalangan masyarakat bahawa pembanterasan jenayah rasuah adalah tanggungjawab bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pansha yang juga Presiden GAFEMA berkata forum berkenaan akan turut merangka strategi tindakan yang lebih berfokus melibatkan penguatkuasaan undang-undang supaya dapat memberi impak kepada masyarakat terutama membabitkan kes ketirisan dana kerajaan atau dana awam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS