Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Leona pernah dapat RM20,000 sebulan sebagai pempengaruh
Diterbitkan:  May 29, 2024 3:04 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mendedahkan dia pernah menjana pendapatan sehingga RM30,000 sebulan sebagai pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan.

Kasih - yang kini sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) - berkata, seseorang pempengaruh boleh meraih pendapatan tinggi namun bergantung kepada tahap kerelevanan masing-masing.

“Ketika saya lakukan ia sepenuh masa, saya boleh dapat sekurang-kurang RM20,000 hingga ke RM30,000 sebulan,” katanya sewaktu diwawancara dalam Apa Cerita Podcast.

Untuk rekod, Kasih memiliki sejuta pengikut di TikTok dan 500,000 pengikut di Instagram dan lebih 100,000 pelanggan (subscribers) di YouTube.

Kasih, 22, bagaimanapun kemudian tiba-tiba menarik balik kenyataannya dengan membetulkan anggaran jumlah sebenar yang diperolehi.

Dia juga sempat bergurau agar agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak tiba-tiba ‘mencarinya’ hanya kerana pendapatan yang pernah diperolehi sebelum ini.

“OK, mungkin bukanlah RM30,000 tapi RM10,000 ke RM20,000, tapi (LHDN) jangan datang cari saya dan kenakan cukai pula sebab saya sedang sambung pengajian di UK dan dah tidak raih sebanyak itu lagi,” katanya secara berseloroh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS