Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan kavadi - Chef Wan kini ‘panas’
Diterbitkan:  May 28, 2024 12:44 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

Gara-gara mengaitkan gaun yang dipakai oleh aktres Bollywood Aishwarya Rai ibarat membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves, chef selebriti Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kini disiasat oleh polis.

Menurut laporan berita, dia kini dalam siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa bersifat perkauman. 

Kenyataan itu dilaporkan dibuat di bahagian komen Instagram laman web hiburan Bollywood, yang memaparkan gambar Aishwarya memakai gaun perak-dan-biru yang dicipta oleh rumah fesyen India Falguni Shane Peacock.

Ketua Polis Daerah Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari memaklumkan, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu.

"Kes ini diserahkan kepada USJT kerana melibatkan 3R iaitu agama, kaum dan raja," katanya, yang dipetik Astro Awani.

Harapan Daily dalam artikelnya mendakwa Chef Wan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyakiti perasaan agama, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dia sejak itu mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram, dan berkata, bahawa dia tidak berniat untuk menghina mana-mana agama.

Menurut Chef Wan, dia membuat komen itu kerana gaun Aishwarya mengingatkannya tentang bulu merak yang digunakan secara meluas pada Kavadi semasa perayaan Thaipusam di Batu Caves.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS