Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Polis tahan lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa selebriti

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan susulan kes ugutan jenayah terhadap ibu dan bapa seorang selebriti, di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Kemunting, Perak semalam, susulan laporan dibuat oleh penyanyi berusia 26 tahun itu pada 15 Mei, yang menyatakan menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di laman sosial.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit. Lelaki berkenaan direman empat hari bermula hari ini dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan selebriti berkenaan membuat laporan polis terhadap pengguna akaun media sosial, yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS