Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fathia akui hidap penyakit mental, mohon maaf pada ibu
Diterbitkan:  May 17, 2024 6:01 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Pelakon sensasi Fathia Latiff memohon maaf kepada ibunya kerana penyakit skizofrenia yang dihidapi membebankan keluarga.

Kata Fathia, dia tidak bermaksud untuk menyusahkan atau menyebabkan sebarang masalah kepada ibunya.

“Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa. Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu,” katanya di Instagram.

Mengiringi perkongsian itu, Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff turut memuat naik gambar dia ketika berusia 23 tahun bersama ibunya.

Pelakon Ariana Rose berkenaan turut menulis ucapan hari jadi kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.

“Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar.

“Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.

“Terima kasih kerana menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.

Nama Fathia menjadi perhatian kerana kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial hingga mengundang kontroversi.

Selain itu, aktres terbabit juga kerap berkongsi video berpakaian seksi serta imej dia berpelukan bersama beberapa lelaki.

Bukan setakat itu, Fathia turut mendakwa suami kepada penyanyi dan aktivis Heliza Helmi iaitu Mahadi Badrul Zaman gagal menyiapkan rumah miliknya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS