Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tak cakna Rafah buat peminat mula 'tak kenal' Ning Baizura
Diterbitkan:  May 15, 2024 3:53 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

“Ning Baizura, siapa itu”? demikian sindiran warganet kepada penyanyi berkenaan susulan sikapnya yang dituduh kurang sensitif terhadap isu Palestin khususnya di Rafah ketika ini.

Netizen dipercayai berang dan meninggalkan komen tidak puas hati tersebut selepas Ning Baizura memberi respons seolah-olah dia tidak mengetahui apa dimaksudkan dengan komen All Eyes On Rafah (Semua mata tertumpu pada Rafah) lalu bertanya siapa Rafah.

All Eyes On Rafah, siapa itu?” soalnya.

Selepas menyedari kesilapannya, Ning Baizura, 48, segera menukar ke topik lain.

Rafah menempatkan lebih daripada 1.5 juta orang Palestin yang mahu berlindung daripada serangan Israel yang menjarah wilayah Gaza sejak 7 Okt tahun lalu.

Kebanyakan mereka adalah mangsa serangan Zionis dan sudah kehilangan tempat tinggal.

Ruang komen memaparkan video tersebut dan juga akaun Instagram Ning Baizura keudian dihujani kecaman netizen yang beranggapan penyanyi Beribu Sesalan itu seorang penganuut Islam yang tidak peka kepada nasib saudara seagama.

Bagaimanapun, Ning Baizura, 48, tidak memuat naik sebarang penjelasan mahupun kenyataan di media sosial, sebaliknya mengehadkan komen di situ.

Dia juga selamba memuat naik hantaran-hantaran lain di Instagram Stories seperti biasa seolah-olah isu berkenaan tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.

Selain dihujani kecaman, pengguna media sosial turut membandingkan Ning Baizura dengan pelakon Kavitha Sidhu.

Malah ada antara peminat mengancam mahu memboikot penyanyi itu daripada terus mengikut perkembangannya di media sosial.

“Semua mata bertumpu pada Rafah. Kavita Sidhu bukan Muslim tapi dia ambil berat fasal Palestin.

“Dulu minat Ning, sekarang boikot dan nyah ikut,” katanya.

Rafah merupakan sebuah bandar seluas hanya kira-kira 64 kilometer persegi di selatan Semenanjung Gaza.

Ia terletak kira-kira 30 kilometer di Barat Daya Gaza.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS