Paling Popular
Terkini
story images
story images

Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3.43 petang ini.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Abdul Jamil yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mengesahkan perkara itu.

“Kami (Seniman) sebenarnya baru sahaja ingin melawat beliau di HKL, namun pihak hospital menelefon kami dan memberitahu bahawa beliau telah meninggal dunia,” katanya kepada Bernama.

Allahyarham Hail Amir meninggal dunia pada umur 76 tahun.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS