Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mahu nikah punca Syasya tinggalkan Dolla
Diterbitkan:  Apr 21, 2024 6:26 PM
Dikemaskini: Apr 22, 2024 6:47 AM

Spekulasi pengunduran Syasya daripada Dolla kerana bakal menamatkan zaman bujang akhirnya terbukti sahih apabila Universal Music berkongsi khabar gembira mengenai pernikahannya hari ini.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga memang menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada kumpulan itu.

“Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang menyokong kerjaya Dolla dari awal sehingga kini.

“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Dolla menerusi hantaran di akaun rasmi mereka mengumumkan pengunduran Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, pada 8 April lalu.

Syasya, 23, juga menimbulkan tanda tanya ramai apabila dilihat tampil manis bertudung pada Aidilfitri kali ini. Disebabkan perubahan itu juga, rata-rata peminat di media sosial mengaitkan dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang beredar.

“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

“Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dolla berjaya mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia dalam program Show It All, sebuah pertandingan nyanyian membabitkan pelbagai kumpulan vokal di China.

Menariknya, aksi lincah Dolla ketika membuat persembahan menjadi tular selain meraih pelbagai pujian dan kata-kata semangat oleh peminat serta warganet.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS