Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sabri berang laman FB guna nama isteri sebar fitnah
Diterbitkan:  Apr 19, 2024 9:02 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Pengarah dan pelakon Sabri Yunus menyelar tindakan sebuah akaun Facebook yang mendakwa mereka bertindak selaku kelab peminat isterinya, Angeline Tan.

Sabri menyifatkan tindakan akaun terbabit sebagai paling jahat kerana menyebarkan fitnah berhubung isterinya sedang berbadan dua.

“Ini laman (FB page) paling jahat, tidak ada kena mengena dengan Angeline. Kalau dia benar peminat, tidak patut tambah lagi karut-marut ini.

“Mereka patut betulkan isu fitnah,” katanya di media sosial hari ini.

Sabri mengiringi hantaran itu dengan memuat naik tangkap layar laman akaun FB Angeline Tan Fans yang memaparkan imejnya bersama isteri.

Sejak beberapa hari lalu, tular berita kononnya Angeline yang baru mendirikan rumah tangga dengan Sabri pada 10 Oktober lalu kini sedang menunggu kelahiran pertamanya.

Susulan itu, Sabri, 62, memuat naik penafian berhubung berita terbabit melalui hantaran di Facebooknya semalam.

Kata pelakon telefilem Dunia Punya Cerita itu, ia adalah hari paling kelakar buatnya sepanjang enam bulan mendirikan rumah tangga apabila tular cerita fitnah mengenai mereka.

Angeline, 57, turut menafikan dirinya hamil.

Justeru, Sabri melalui hantaran sama menegaskan mereka langsung tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang hantaran dibuat oleh mana-mana laman.

“Banyak yang pakai nama laman ini.

“Angeline tidak terlibat langsung dengan laman-laman ini.

“Kami tidak bertanggungjawab dengan setiap hantaran,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS