Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
‘Setiap kesalahan ada ruang untuk diperbaiki’
Diterbitkan:  Apr 12, 2024 2:47 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Perkongsian klip rakaman sambutan Aidilfitri Abby Abadi yang memaparkan anaknya, Marissa Dania hadir beraya bersama suami, Aslam mengundang perhatian ramai.

Melalui video berkenaan, kehadiran Aslam dan Marissa disambut oleh Memey Suhaiza, isteri kepada Norman Hakim. 

Marissa kemudian memeluk erat Abby, 46, sebelum dia bersalaman dengan Aslam.

Bagi Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, lebaran kali ini dianggap sebagai ruang untuk mereka mencipta memori baru serta memperbaiki kesilapan lalu.

“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki dan setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” tulisnya di Instagram malam tadi.

Perkongsian itu mencetus pelbagai reaksi daripada warganet dengan ada di antara mereka mendoakan kebahagiaan buat keluarga berkenaan.

Kisah Marissa dan Aslam sebelum ini mencetus kontroversi apabila lelaki itu bernikah tanpa pengetahuan keluarga serta isteri pertamanya di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS