Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sheila Majid nafi khabar dibawa berita bohong
Diterbitkan:  Mar 19, 2024 10:01 PM
Dikemaskini: 2:02 PM

Sheila Majid menyangkal dia terlibat dalam sebarang skim pelaburan seperti dipaparkan hantaran bohong (hoax) bertajuk ‘Bank of Malaysia menyaman Sheila Majid atas kenyataannya dalam rancangan TV secara langsung.’

Justeru, penyanyi itu mengingatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan hantaran tersebut yang merupakan umpan klik agar orang lain menyertai skim palsu terbabit.

“Ramai kawan-kawan dan keluarga mengambil berat terhadap saya yang bertanya mengenai artikel ini.

“Jadi, saya ingin memaklumkan untuk sekali ini saja, bahawa ini adalah penipuan. Pertama sekali, tiada Bank of Malaysia di Malaysia.

“Dan saya bukanlah jutawan seperti mana ditulis dalam artikel ini. Kalau saya boleh buat duit berjuta-juta melalui tip itu buat apa saya masih menyanyi? Tolong berhati-hati,” katanya di Instagram sebentar tadi.

Melalui posting sama, Sheila, 59, berkata, dirinya berada dalam keadaan baik dan berharap kenyataan itu dapat menamatkan sebarang spekulasi berhubung sebarang dakwaan terhadapnya.

“Apa pun, saya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Saya harap, ini dapat menamatkan segala spekulasi berkaitan hantaran palsu ini.

“Terima kasih atas keprihatinan kalian. Selamat menjalankan ibadah puasa,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS