Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Produk kesihatan Korea kaburkan wajah Ruhainies gara-gara kontroversi
Diterbitkan:  Mar 15, 2024 5:30 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Enggan berkompromi, sebuah produk kesihatan Korea mengaburkan wajah pelakon sensasi, Ruhainies di tengah dakwaan khalwat dengan Aliff Aziz di sebuah kondominium baru-baru ini.

Melalui kenyataan di laman Instagram rasmi produk tersebut, tindakan itu dibuat kerana produk itu enggan menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau mengundang kontroversi.

“Sempena bulan Ramadan Al Mubarak, kami dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan dan kekeliruan berlaku terutama posting kami yang membabitkan seorang artis terkenal tanah air.

“Penggambaran iklan produk ini menggabungkan tiga artis terkenal iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.

“Kami dan seluruh warga kerjayanya tidak mencampuri urusan peribadi dan kontroversi yang melanda artis terbabit,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, berhubung dakwaan ditangkap khalwat melibatkan salah seorang pelakon iklan tersebut, syarikat terbabit berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan mereka.

Katanya, pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman iklan Ramadan dan Raya itu dibuat pada Oktober tahun lalu dan setelah penelitian rapi.

“Rakaman tersebut kemudian telah siap dirakam pada Disember tahun sama dan seramai 100 karyawan dan kru produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini,” katanya.

Ruhainies dan Aliff masing-masing telah membuat kenyataan rasmi selepas hampir seminggu mengunci mulut berhubung tangkapan atas dakwaan khalwat ke atas mereka.

Isteri Aliff, Bella Astillah memfailkan permohonan cerai dipercayai susulan kontroversi membabitkan suaminya yang berpanjangan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS