Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aliff dicekup khalwat, Adik Bella mohon ruang buat kakak
Diterbitkan:  Mar 9, 2024 10:36 AM
Dikemaskini: 2:36 AM

Adik Bella Astillah, Didi Astillah memohon agar kakaknya itu diberikan ruang selepas suami, Aliff Aziz ditangkap khalwat di kediaman dipercayai milik pelakon wanita pagi tadi.

Didi atau nama asalnya Dayang Nazilah Awang Astiah, berkata, kakaknya itu masih terkejut dengan kejadian membabitkan Aliff.

“Bagi pihak Bella, saya tak nak beri apa-apa kenyataan berhubung isu itu.

“Kalau boleh minta beri ruang pada Bella. Mungkin benda ni masih terkejut lagi,” katanya.

Didi berkata demikian dalam satu temubual bersama penerbit program Melodi iaitu Michelle Wee di pejabat Jawi.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah pula ketika ditanya Michelle berhubung suaminya tidak mampu berkata-kata sebaliknya hanya melinangkan air mata.

Terdahulu, media melaporkan dua pelakon ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan yang dibuat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Kedua-dua pelakon itu dikatakan sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Pengguna alam maya mula mengaitkan pelakon lelaki yang ditangkap adalah Aliff selepas isterinya Bella dilihat hadir ke pejabat agama Islam sekitar pukul 2.30 pagi ditemani beberapa rakan.

Turut kelihatan dalam video dimuat naik Melodi adalah penyanyi Adira yang menemani Bella.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, Didi mengesahkan abang iparnya, Aliff adalah individu yang dicekup khalwat bersama pelakon wanita terbabit.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama nama Aliff terpalit kontroversi curang terhadap Bella.

Bella mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Singapura itu pada 2016.

Namun, susulan kontroversi demi kontroversi, pasangan dua cahaya mata itu akhirnya bercerai pada 2019.

Bagaimanapun pasangan itu mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS